Berita dan Aktiviti Sekitar Lestari Putra


Marilah Join MailingList Taman Lestari Putra

Powered by us.groups.yahoo.com

PENDAFTARAN AHLI KHARIAH SURAU AL MUSTAQIM

Nama
No Rumah
Jalan (etc LEP7/11)
Email
No Telepon
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ]

Tuesday, November 4, 2008

Bengkel Kesempurnaan Solat - Surau Al Mustaqim

Assalamualaikum wrh wbkth,

Sukacita pihak Surau Al-Mustaqim (Seksyen 7) dengan kerjasama pensyarah dari Kolej Universiti Islam Selangor akan menganjurkan Bengkel Kesempurnaan Solat (Siri 1) yang akan diadakan berdasarkan butiran berikut:

Tarikh: 23 November 08 (Ahad)
Masa: 8:00 pg - 3:00 petang
Pembimbing: Ustaz Amzan Satiman (Pensyarah Jabatan Syariah, Kolej Universiti Islam Selangor)
Tempat: Surau Al-Mustaqim , Seksyen 7 , Taman Lestari Putra
Yuran: RM10 seorang atau RM15 untuk sepasang suami isteri (termasuk bahan pengisian / makan minum).

Maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi : En Salim di talian 019-2735160 ATAU ISI BORANG DIATAS

Sekian, terima kasih.

ANTARA PENGISIAN DALAM BENGKEL INI IALAH :

Solat Sempurna dari Takbir Hingga Salam Akan menyentuh bab :-
1) Bab pendahuluan, wudhu
2) Meletakkan sutrah di hadapan,
3) Cara berdiri betul untuk solat (bagaimana keadaaan kaki)
4) Niat dan kaedahnya.
5) Takbiratul ihram (kaedah angkat tangan, cara lafaaz takbir yg betul dan yg salah, pandangan mata ke arah mana ketika itu)
6) Tangan bersedakap (bagaimana posisi yg betul)
semua ini beserta dgn soalan2 semasa peserta
7. Bacaan fatihah (maka penceramah akan demo bacaan yg betul dan menyebut tempat yg selalu orang silap baca), hukum hakam berkaiatan fatihah,
8. Bacaan surah pendek (hukum dan jenis surah pendek),
9. Rukuk (cara rukuk yang betul, tangan ketika rukuk, bacaan ketika rukuk yg menurut nabi, mata nabi pandang mana tika rukuk, sebelum rukuk adakah nabi angkat takbir? )
10.Iktidal (cara nabi bangun dari rukuk , bacaan ketika bangun )
11. Sujud (anggota mana yang perlu sentuh tanah dulu, lutut atau tangan? akan didedahkan cara nabi buat, kemudian isu tujuh anggota sujud dan perincian bagaimana kedudukan yang betul utk menyempurnakan 7 anggota ini, perbincangan di sini mungkin panjang sikit),
12. Duduk antara dua sujud (cara duduk yang betul dan cara duduk yg nabi tegah) ,
13. Bacaan doa nabi ketika duduk,
14. Kemudian isu bacaan tasyahhud ( bila angkat jari, adakah perlu di goyangkan jari , bila pula turun jari, kenapa perlu angkat jari apa hikmah? , semua akan disentuh ), mata pandang mana ketika angkat jari, bolehkah baca sayyidina muhammad dalam tasyahhud? )
15. Tahiyat akhir (cara duduk nabi, tambahan doa yang menjadi favourite nabi selepas tasyahhud dan mengapa? )
16. Lafaz salam dan berpaling ke kiri dan kanan. (akan disentuh bagamana cara berpaling yang paling tepat)
17. Sapu muka dan dahi lepas salam (bagaimana kedudukannya?) - akan dihurai
18. LAIN-LAIN PERSOALAN AKAN DIJAWAB SEMASA BENGKEL.

Firman Allah (Surah at-Taubah : ayat 122) ;
"Tetapi alangkah baiknya keluar daripada tiap-tiap kaum itu satu kelompok, supaya mereka memperdalamkan pengetahuan tentang agama, dan supaya mereka memberi peringatan kepada kaum mereka apabila mereka kembali supaya mereka berhati-hati."

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam,
"Sesiapa yang keluar pergi ke masjid, tiadalah dia bertujuan melainkan untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya. Maka dia akan memperohi pahala haji yang sempurna hajinya." [Hadith Riwayat at-Tabrani, al-Hakim dan al-Maqdisy]

Daripada Abu Hurairah radiyallahu anhu, bahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Dan tiadalah berkumpul suatu golongan di rumah-rumah Allah (masjid, tempat ibadah atau sekolah agama) kerana membaca kitab Allah (al-Qur'an) dan mereka bertadarrus sesama mereka, melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka dan mereka diselubungi rahmat dan dinaungi para Malaikat. Dan mereka disebutkan Allah (dipujikan) kepada sesiapa yang ada disisiNya (para Nabi dan Malaikat)." [Hadith Riwayat Muslim]

Dalam sebuah riwayat yang lain, dari Abu Hurairah radiyallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,

"Dan sesiapa yang menjalani (mencari) suatu jalan yang boleh mendapatkan suatu ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan yang membawanya ke syurga." [Hadith Riwayat Muslim]

"Beriman dan beramal sumbernya ialah ilmu. Ilmu diperolehi dengan belajar. Tidak ada ertinya iman kalau tidak ada amal, dan tidak ada pula ertinya amal kalau tidak ikhlas." [Hukama']

No comments: