Berita dan Aktiviti Sekitar Lestari Putra


Marilah Join MailingList Taman Lestari Putra

Powered by us.groups.yahoo.com

PENDAFTARAN AHLI KHARIAH SURAU AL MUSTAQIM

Nama
No Rumah
Jalan (etc LEP7/11)
Email
No Telepon
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ]

Saturday, August 25, 2007

Perasmian Surau Al Mustaqim

Alhamdulillah ...

Setelah berusaha bersungguh-sungguh maka Allah telah izinkan kariah Lestari Putra memiliki surau yang baru dan lebih selesa untuk kegunaan segala upacara berkaitan dengan islam dan masyarakat lestariputra . Bagi menghargai usaha semua pihak maka pihak ajk surau telah menjemput semu penderma dan ahli kariah untuk perasmian ini . Upacara perasmian Surau Al Mustaqim telah di mulakan dengan :

Siang
1. Gotong Royong
Malam
1. Solat Maghrib
2. Bacaan Surah Yaasiiiin
3. Tahlil
4. Doa Selamat
5. Ucapan Pemangku Pemgerusi
6. Solat Isyak
7. Solat Hajat
8. Jamuan
9. Bersurai

Maka Terasmilah Surau Al Mustaqim di Lestari Putra pada hari ini 12 Sha'ban 1428 bersamaan 25 Ogos 2005.

Perasmian Surau Al Mustaqim

Friday, August 24, 2007

Surau Al Mustaqim - Exterior

Inilah keadaan surau al mustaqim sehari sebelum upacara perasmian.

Surau Al Mustaqim Exterior

Thursday, August 23, 2007

Gotong Royong Surau Al Mustaqim

Majlis gotong royong bagi membersih sekitar kawasan Surau Al Mustaqim akan diadakan seperti berikut :

Program 1
Tarikh : 25 Ogos 2007 (Sabtu)
Masa : 8 pagi hingga 5 ptg
Tempat : Surau Al Mustaqim
Program : Gotong Royong

Program 2
Tarikh : 25 Ogos 2007 (Sabtu)
Masa : Maghrib
Tempat : Surau Al Mustaqim
Program : Majlis Kesyukuran dan Perasmian Surau Al Mustaqim


Semua kariah Surau Al Mustaqim dan penderma di jemput hadir ke mjalis di atas.
sekian

Perasmian Surau Al Mustaqim

Assalamuaalikum

Sukacita di maklumkan bahawa jumlah derma terkumpul yang diterima setakat hari ini lebih kurang RM130,000.00 yang telah digunakan kesemuanya untuk menyiapkan 45% dari pakej keseluruhan kos pembinaan surau Al Mustaqim yang berharga dalam lingkungan RM280,000.00. Walaubagaimanapun bangunan utama surau Al Mustaqim sudah hampir 70% siap dan bahagian dalam Surau Al Mustaqim sudah 95% siap dan boleh mula digunakan untuk kegunaan kariah Lestari Putra bermula pada 25hb Ogos 2007. Oleh itu AJK Pembinaan Surau Al Mustaqim ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua kariah dan penderma yang telah bersama sama membantu dalam proses pembinaan surau ini .Juga terima kasih kepada pihak kontraktor dan konsultan , TNB , MPSJ dan SYABAS , MAIS diatas kerjasama anda semua . Berjuta juta terima kasih yang tidak terhingga ingin kami sampaikan kepada tuan rumah No 1 Jln 7/30 Tmn Lestari Putra yang telah sudi meminjamkan rumah beliau untuk digunakan sementara waktu oleh kariah Lestari Putra semasa proses pembinaan kekal Surau Al Mustaqim .

Kami juga masih lagi memerlukan sekitar RM150,000.00 untuk menyiapkan keseluruhan pakej surau ini . Anda adalah dialu-alukan untuk menderma. Jika anda berhajat untuk menyumbangkan wang ringgit sila hubungi Bendahari Jawatankuasa Pmebinaan Surau En Aripin 019-2250080 atau bank in terus ke akuan Nombor akaun Bank Islam 14-032-01-003759-9 atas nama Surau Al Mustaqim.

Berikut adalah Aktiviti Mingguan di Surau Al Mustaqim :

Ahad : Subuh - Kuliah Subuh : Dr Adi Yasran - UPM
Magrib - Tajwid : Ustaz Iszzat - KUIS
Isnin : Isyak - Tazkirah Ringkas/Hadis
Selasa : Isyak - Tazkirah Iman dan Amal : Ust Affendi / Us Nazly
Rabu : Maghrib - Tajwid : Ustaz Izzat - KUIS
Khamis : Magrib - Yassin
Jumaat : Isyak - Tazkirah/Hadis
Sabtu : Isyak - Tazkirah/Hadis

Harap semua kariah Lestari Putra dapat mengimarahkan Surau setiap waktu.

sekian