Berita dan Aktiviti Sekitar Lestari Putra


Marilah Join MailingList Taman Lestari Putra

Powered by us.groups.yahoo.com

PENDAFTARAN AHLI KHARIAH SURAU AL MUSTAQIM

Nama
No Rumah
Jalan (etc LEP7/11)
Email
No Telepon
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ]

Friday, November 28, 2008

Solat Eid Adha

Pihak Surau Al Mustaqim dengan sukacitanya memaklumkan bahawa bermula tahun ini para ahli kariah Taman Lestari Putra Seksyen 7 boleh mengerjakan solat sunat Eid Adha di Surau Al Mustaqim .

Dengan ini pihak surau menjemput semua penduduk yang tidak pulang berhari raya dikampung untuk sama-sama solat sunat Eid Adha di Surau Al Mustaqim .

Jadual Sambutan Eid Adha di Surau Al Mustaqim :

7:30 pagi - Jemaah mula berkumpul dan bertakbir
8:30 pagi - Solat Sunat Eid Adha / Khutbah
9:15 pagi - Jamuan Hari Raya ( Makanan = Potluck ... setiap keluarga bawak sikit sorang juadah ... air pihak surau sediakan)
10:00 pagi - Sembelihan Korban 3 ekor lembu (Harap semua jemaah dapat bekerjasama bergotong royong menguruskan sembihan korban ini)

Sekian Terima Kasih.

Monday, November 24, 2008

Laporan Bengkel Kesempurnaan Solat

Alhamdulillah .... penyertaan bengkel yang pada awalnya kelihatan hambar dengan hanya 10 orang penyertaa seminggu sebelum bengkel bermula ternyata meleset apabila target 50 penyertaan melepasi kuota 3 hari sebelum bengkel bermula ... pada hari bengkel bermula hampir 80 penyertaan direkodkan . terima kasih kepada semua yang menyertai bengkel ini . Sokongan anda amat kami hargai dan memberi semangat kepada ajk surau untuk terus membuat program lain pada masa hadapan . Secara keseluruhanya program yang dirancang habis pada pukul 1 tengahari telah terlajak sehingga hampir pukul 3 petang akibat terbaanyak persoalan dari para peserta . ini adalh petunjuk yang bagus dan ustaz Azmizan juga telah berjaya menyampaikan dengan baik sekali . Mungkin ada dikalangan peserta yang tidak berpuashati dengan makanan yang dissediakan . Kami mohon maaf dan akan cuba perbaikan dimasa akan datang .

terima kasih

Sunday, November 23, 2008

Laporan Mesyuarat Agong Persatuan

Mesyuarat Agong yang telah dilaksanakan pada 22/11/2008 yang dihadiri oleh lebih 300 orang dan telah dirasmikan oleh Dr S Subramaniam (Ahli majlis MPSJ Zon 19) telah sebulat suara memilih ajk berikut :

Pengerusi : Haji Mohd Aris Harun (LEP7/19)
Setiausah : Mohd Ali (LEP7/6)
Bendahari : Badruhisham (LEP7/12)

Sekian terima kasih

Thursday, November 20, 2008

Mesyuarat Agong Kali Ke-1 Persatuan Penduduk Taman Lestari Putra Seksyen 7

Adalah Dimaklumkan bahawa satu mesyuarat agung akan dialakukan pada tarik seperti dibawah untuk memilih ahli jawatankuasa persatuan

Tarikh : 22/11/2008
Masa : 2 petang
Tempat : Taman Permainan Jalan LEP7/5 dan LEP 7/12
Dif Jemputan : Ahli Majlis MPSJ Zon 19 Dr Subramaniam

Semua penduduk dijemput hadir . Kaunter pendaftaran keahlian persatuan akan dibuka pada hari tersebut.

Sekian Terima Kasih

Tuesday, November 4, 2008

Bengkel Kesempurnaan Solat - Surau Al Mustaqim

Assalamualaikum wrh wbkth,

Sukacita pihak Surau Al-Mustaqim (Seksyen 7) dengan kerjasama pensyarah dari Kolej Universiti Islam Selangor akan menganjurkan Bengkel Kesempurnaan Solat (Siri 1) yang akan diadakan berdasarkan butiran berikut:

Tarikh: 23 November 08 (Ahad)
Masa: 8:00 pg - 3:00 petang
Pembimbing: Ustaz Amzan Satiman (Pensyarah Jabatan Syariah, Kolej Universiti Islam Selangor)
Tempat: Surau Al-Mustaqim , Seksyen 7 , Taman Lestari Putra
Yuran: RM10 seorang atau RM15 untuk sepasang suami isteri (termasuk bahan pengisian / makan minum).

Maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi : En Salim di talian 019-2735160 ATAU ISI BORANG DIATAS

Sekian, terima kasih.

ANTARA PENGISIAN DALAM BENGKEL INI IALAH :

Solat Sempurna dari Takbir Hingga Salam Akan menyentuh bab :-
1) Bab pendahuluan, wudhu
2) Meletakkan sutrah di hadapan,
3) Cara berdiri betul untuk solat (bagaimana keadaaan kaki)
4) Niat dan kaedahnya.
5) Takbiratul ihram (kaedah angkat tangan, cara lafaaz takbir yg betul dan yg salah, pandangan mata ke arah mana ketika itu)
6) Tangan bersedakap (bagaimana posisi yg betul)
semua ini beserta dgn soalan2 semasa peserta
7. Bacaan fatihah (maka penceramah akan demo bacaan yg betul dan menyebut tempat yg selalu orang silap baca), hukum hakam berkaiatan fatihah,
8. Bacaan surah pendek (hukum dan jenis surah pendek),
9. Rukuk (cara rukuk yang betul, tangan ketika rukuk, bacaan ketika rukuk yg menurut nabi, mata nabi pandang mana tika rukuk, sebelum rukuk adakah nabi angkat takbir? )
10.Iktidal (cara nabi bangun dari rukuk , bacaan ketika bangun )
11. Sujud (anggota mana yang perlu sentuh tanah dulu, lutut atau tangan? akan didedahkan cara nabi buat, kemudian isu tujuh anggota sujud dan perincian bagaimana kedudukan yang betul utk menyempurnakan 7 anggota ini, perbincangan di sini mungkin panjang sikit),
12. Duduk antara dua sujud (cara duduk yang betul dan cara duduk yg nabi tegah) ,
13. Bacaan doa nabi ketika duduk,
14. Kemudian isu bacaan tasyahhud ( bila angkat jari, adakah perlu di goyangkan jari , bila pula turun jari, kenapa perlu angkat jari apa hikmah? , semua akan disentuh ), mata pandang mana ketika angkat jari, bolehkah baca sayyidina muhammad dalam tasyahhud? )
15. Tahiyat akhir (cara duduk nabi, tambahan doa yang menjadi favourite nabi selepas tasyahhud dan mengapa? )
16. Lafaz salam dan berpaling ke kiri dan kanan. (akan disentuh bagamana cara berpaling yang paling tepat)
17. Sapu muka dan dahi lepas salam (bagaimana kedudukannya?) - akan dihurai
18. LAIN-LAIN PERSOALAN AKAN DIJAWAB SEMASA BENGKEL.

Firman Allah (Surah at-Taubah : ayat 122) ;
"Tetapi alangkah baiknya keluar daripada tiap-tiap kaum itu satu kelompok, supaya mereka memperdalamkan pengetahuan tentang agama, dan supaya mereka memberi peringatan kepada kaum mereka apabila mereka kembali supaya mereka berhati-hati."

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam,
"Sesiapa yang keluar pergi ke masjid, tiadalah dia bertujuan melainkan untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya. Maka dia akan memperohi pahala haji yang sempurna hajinya." [Hadith Riwayat at-Tabrani, al-Hakim dan al-Maqdisy]

Daripada Abu Hurairah radiyallahu anhu, bahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Dan tiadalah berkumpul suatu golongan di rumah-rumah Allah (masjid, tempat ibadah atau sekolah agama) kerana membaca kitab Allah (al-Qur'an) dan mereka bertadarrus sesama mereka, melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka dan mereka diselubungi rahmat dan dinaungi para Malaikat. Dan mereka disebutkan Allah (dipujikan) kepada sesiapa yang ada disisiNya (para Nabi dan Malaikat)." [Hadith Riwayat Muslim]

Dalam sebuah riwayat yang lain, dari Abu Hurairah radiyallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,

"Dan sesiapa yang menjalani (mencari) suatu jalan yang boleh mendapatkan suatu ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan yang membawanya ke syurga." [Hadith Riwayat Muslim]

"Beriman dan beramal sumbernya ialah ilmu. Ilmu diperolehi dengan belajar. Tidak ada ertinya iman kalau tidak ada amal, dan tidak ada pula ertinya amal kalau tidak ikhlas." [Hukama']